SISTEM CUKAI PENDAPATAN DALAM TALIAN

Sistem Cukai Dalam Talian yang Pertama di Malaysia

Dibangunkan khusus untuk pemilik perniagaan kecil dan bukan akauntan di Malaysia. MyTAXO membantu anda menjimatkan masa & wang anda dari perlu dihabiskan untuk tugas berkaitan perakaunan dan cukai.

SISTEM MyTAXO™

MyTAXO™ adalah SISTEM PENGURUSAN CUKAI PENDAPATAN khusus untuk PERNIAGAAN INDIVIDU yang bersaiz Mikro dan juga Kecil dan Sederhana (PKS) seperti Perniagaan Milikan Tunggal, Freelance, Bisnes Online, Stokis dan Agen, Agen Hartanah, Dr Locum, Influencer, Artis, Penulis Novel dan seumpamanya.


MyTAXO™ bukan sekadar sebuah sistem cukai sahaja, ianya juga dilengkapi dengan Laporan Kewangan seperti Penyata Untung Rugi (Profit and Loss Statement/ Income Statement) yang sangat diperlukan dalam sesebuah perniagaan. Dengan adanya pelbagai modul seperti “Cashflow” dan “Tax Computation”, sistem MyTAXO™ sangat membantu usahawan dengan segala urusan perniagaan supaya lebih teratur dan tersusun.


Sistem yang sangat mudah ini akan membantu anda dalam melihat JUMLAH CUKAI yang perlu dibayar oleh anda pada bila-bila masa sahaja dan di mana jua. Bahkan, anda juga boleh menggunakan laporan dan dokumen yang dimuat turun dari sistem ini untuk dihantar ke LHDNM sekiranya anda menerima SURAT AUDIT dari LHDNM. Secara tidak langsung anda akan dibantu dalam penyediaan dokumen audit yang diperlukan oleh agensi.


Dan anda juga boleh menggunakan Laporan Cukai yang dibangunkan khas dalam sistem ini untuk membuat pinjaman perniagaan kerana ianya sangat lengkap!

 

KENAPA MESTI HANTAR BORANG CUKAI ?

Bagi individu yang menjalankan perniagaan sama ada secara sepenuh masa mahu pun separuh masa, tanpa mengira jumlah pendapatan yang diterima, Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan bahawa :

“ menjadi kewajipan setiap orang selain daripada syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dalam tempoh yang telah ditetapkan. ”

FUNGSI MyTAXO™

Bagi mereka yang inginkan sebuah sistem untuk perniagaan yang mudah, senang dan komprehensif, MyTAXO™ adalah jawapannya kerana ianya dilengkapi dengan beberapa ciri yang sistematik dan bersepadu.

CARA MENGGUNAKAN SISTEM MyTAXO™

Masukkan Data
Muat Naik Dokumen
Muat Turun Penyata & Laporan
Cetak & Hantar Borang ke LHDM

CIRI DAN KELEBIHAN MyTAXO™

Automasi Perakaunan

MyTAXO™ akan menghasilkan rekod dan laporan secara automatik untuk anda apabila anda merekod urus niaga anda di ruangan lejar sahaja. Laporan akan di muat sedia dalam masa kurang 3 saat. Muat turun laporan dan semak keuntungan dan jumlah cukai perniagaan anda pada bila-bila masa.

pengiraan yang tepat

Pengiraan yang diprogramkan dalam sistem telah diuji dan ianya tepat untuk digunakan dalam menghasilkan Penyata Untung Rugi dan Laporan Cukai. Muat turun laporan dan gunakannya untuk memohon dana dan juga pembiayaan pinjaman.

penyimpanan secara 'cloud'

Pembangunan sistem adalah berasaskan dalam talian / laman web. Tidak perlu pemasangan. Anda boleh mengaksesnya di mana sahaja melalui capaian internet dengan menggunakan apa jua alat peranti.

kos pelaburan yang rendah

MyTAXO™ melengkapkan pengurusan akaun dan cukai anda melalui penyimpanan dokumen secara softcopy. Hanya dengan satu sistem, anda dapat mengurangkan kos operasi seperti hire akauntan dan juga agen cukai.

Perlindungan data peribadi

MyTAXO™ menggunakan keselamatan tahap perbankan di server dan juga ketika data dipindahkan dari alat peranti anda ke server. MyTAXO™ melindungi integriti dan privasi data, baik dalam penyimpanan dan dalam pemindahan. Data anda selamat dengan Sistem MyTAXO™.

Tiada had simpanan data

Imbas dan simpan semua dokumen anda di satu tempat yang selamat sehingga 7 tahun tanpa perlu risau akan kehilangan dokumen. Tiada had kapasiti penggunaan storage. Simpan dan muat turun semula apabila diperlukan terutama ketika proses audit LHDNM.

mesra pengguna

Menggunakan interface yang mudah untuk difahami. Dengan kata lain, tidak sukar untuk dipelajari dan sangat mudah untuk dipraktikan. Walaupun tidak mempunyai pengetahuan akaun dan cukai.

sistem live backup

Semua data yang tersimpan di MyTAXO™ dilengkapi dengan sistem Live Backup yang akan terus mengemaskini dan membuat salinan pendua data anda secara automatik. Anda boleh menjejaki semula dokumen dan data anda pada bila-bila masa.

Dapatkan Diskaun daRI 50% Sekarang! Tawaran Masa Terhad

URUS CUKAI ANDA DENGAN MyTAXO™

Tumpukan perhatian untuk mengembangkan perniagaan anda, serahkan hal kewangan dan cukai kepada MyTAXO™.

PAKEJ BASIC

RM 1200

PAKEJ SILVER

RM 1600

PAKEJ GOLD

RM 2400

LAB SYSTEM INDUSTRIES PLT (LLP0025299-LGN)